Sinopsis Maid Maiden

Demi putera impian yang pernah menyelamatkannya, Alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit Adam Gordon High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya diisytihar muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. Mujurlah Bennett Gordon, pelajar kaya di sekolah tersebut, sudi membantunya...tetapi dengan satu syarat! Bagaimanakah hidup Alivia selepas itu?! Dapatkah dia melepaskan diri daripada kesulitan perebutan cinta antara dua lelaki yang menjadi pujaan ramai terhadapnya itu?!